Visitor(s) || User(s) Online

Saturday, 3 December 2011

Pendapat saya terhadap Samsung Galaxy S

Assalamualaikum,

Sebelum menggunakan samsung galaxy s ini saya adalah salah seorang pengguna blackberry torch, memang seronok sebab senang sangat nak bersosial. RM1.00 sehari untuk ber-facebook, tweet tweet dan juga bbm. memang rasa dekat dengan kawan kawan internet.



bila boring dengan blog, cari kawan kawan internet untuk bergosip tapi seronok dia tak lama, bila saya mula sedar kredit akan cepat habis dengan subscribe Blackberry Internet Service(BIS) sahaja. bayangkan RM60 untuk sebulan, tak cukup dengan call/sms lagi.




akhirnya, bulan june lepas baru macam semangat nak tukar phone. kita kalau nak beli smartphone ini, kena tahu apa nak buat dengan phone tu. contoh lah kalau orang yang suka guna applikasi macam macam dalam phone, contoh macam saya suka edit gambar, bila guna samsung, memang macam macam applikasi percuma yang saya boleh guna. tak ada camera instax ke lomo ke fish eye ke pun tak apa sebab ada applikasi banyak ! nak main games? download je dekat market. guna gmail je untuk login.



games angrybird? apps photoshop? mesti ada ! sama dengan iphone juga, pun ada dekat market apps dia lah, tapi ada jenis yang kene beli, untuk android mcm saya, cari je dekat forum forum android,banyak game/apps yang dah crack. downloadkan dia guna pc and upload dalam dropbox .apk file tu , dan guna smartphone kite dan download dr dropbox. itu cara saya lah hihi cuma tak tahu lah kalau ada virus ke acane eh? kalau guna iphone, boleh jailbreak henfon tu.



semorang ada pandangan dan pendapat yang berbeza lah. ada yang suka bersosial, boleh guna blackberry, tapi yang jenis suka applikasi/games boleh lah beli android atau iphone tu. kalau symbian? entah lah HAHA tapi nak bagitahu laaaa, kalau smartphone tak ada dataplan memang tak best la. memang rugi jadi pengguna smartphone kalau tak ada dataplan T_____T

0 comments:

Post a Comment